suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fazley Yaakob buat kejutan lamar Vida atas pentas, terus dapat jawapan ‘Yes, sayang!’

Fazley (kanan) membuat kejutan kepada Vida di hadapan orang ramai.

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian apabila membuat kejutan melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida semasa program TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada malam Selasa.

Fazley, 48, memulakan kejutan dengan menyampaikan lagu Asmara Ini sebelum menjemput Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, naik ke pentas.

Tidak terhenti di situ, Fazley kemudian menyanyikan lagu kegemaran Vida iaitu Di Alam Fana Cinta sebelum mengajak anak-anak mereka turut sama naik ke pentas.

Lebih istimewa, Fazley turut menyediakan persembahan khas menerusi tayangan video simulasi 1,200 dron yang disiarkan di skrin sebagai sebahagian daripada kejutan lamarannya.

Fazley (kanan) melamar Vida di 11.11 Mega Shock Live Concert pada malam Selasa.

Fazley (kanan) melamar Vida pada malam Selasa.

Penyanyi itu kemudiannya menghadiahkan sejambak bunga kepada Vida sebelum meluahkan hasrat untuk menjadikan wanita berkenaan sebagai pasangan hidupnya.

Vida yang kelihatan terharu menerima lamaran tersebut selepas mendapatkan persetujuan daripada anak-anak mereka yang turut berada di atas pentas.

“Kalau semua dah setuju, apa boleh saya katakan?

“Sudah tentu yes sayang,” katanya ketika memberikan jawapan kepada Fazley.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ikutkan dua, tiga minggu lalu nak kahwin”... Fazley dedah sebab perlukan masa nikahi Vida

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Fazley titip ucapan hari lahir, tak sabar sehidup semati dengan Vida

Lamaran tersebut nyata menjadi momen istimewa buat pasangan berkenaan sekali gus mengundang perhatian ramai yang menyaksikan detik romantis itu.

Hubungan rapat Fazley dan Vida sebelum ini sering menjadi bualan, lebih-lebih lagi selepas kedua-duanya terlibat dalam program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Sejak itu, mereka dilihat semakin akrab dan tidak kekok berkongsi kemesraan menerusi media sosial.

Malah, kedua-duanya juga sebelum ini pernah berkongsi hasrat untuk membawa hubungan tersebut ke fasa lebih serius.

Vida (kanan) dan Fazley akhirnya bakal mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Fazley pernah mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006 sebelum disahkan bercerai pada 2024 selepas 18 tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 17, Ahmad Fieradz Shah, 16, Ahmad Fierudz Shah, 15, dan Alayna Selma, sembilan tahun.

Sementara itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun kesemuanya berakhir dengan perceraian.

Hasil perkahwinan tersebut, Vida dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Qayyum yang mesra disapa Kacak.

 

Artikel Lain