suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terkejut terima invois aplikasi ‘game’ cecah RM2,000, rupanya kerja anak main telefon! Seret ke bank, bawa keluar duit raya bayar bil

Ibu bapa perlu memantau anak-anak menggunakan peranti yang dihubungkan dengan sebarang aplikasi pembayaran atas talian. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN ibu bapa memberikan telefon bimbit atau tablet kepada anak-anak sebagai cara mengelak mereka daripada meragam.

Perkara paling membimbangkan jika mereka mempunyai akses membuat pembelian menerusi aplikasi sehingga ibu bapa terpaksa menanggung bil mencecah ribuan ringgit.

Situasi itu turut dialami seorang wanita yang terkejut apabila mendapati bil aplikasi e-dagang miliknya mencecah RM2,000 selepas anaknya membuat pembelian dalam aplikasi menggunakan iPad.

Ibu bapa perlu sentiasa mengawal tingkah laku anak bagi mengelakkan ketagihan permainan video. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa perlu sentiasa mengawal tingkah laku anak bagi mengelakkan ketagihan permainan video. -Gambar hiasan AI

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian seorang lagi ibu yang tampil mencadangkan pendekatan lebih tegas bagi mendidik anak-anak supaya bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

"Saya cadangkan bawa anak pergi bank dan keluarkan duit simpanan atau duit raya dia untuk bayar balik kerugian di hadapan dia.

"Saya guna cara ini dan beritahu anak setiap keputusan yang dibuat dia perlu menanggung akibatnya," katanya membalas hantaran wanita tersebut.

  • Seorang ibu terkejut apabila bil aplikasi e-dagang melebihi RM2,000 akibat pembelian permainan oleh anak menggunakan iPad.
  • Wanita lain mencadangkan duit simpanan atau duit raya anak digunakan untuk membayar kerugian.
  • Dia berkongsi pengalaman anaknya merosakkan iPad selepas berulang kali mengabaikan teguran.
  • Enggan menggantikan iPad rosak, wanita itu turut mengehadkan penggunaan telefon anaknya.
  • Warga maya memuji pendekatan tegas tersebut sebagai pengajaran supaya anak lebih bertanggungjawab.

Berkongsi pengalaman sendiri, dia pernah berdepan situasi sama apabila anaknya tidak menjaga iPad dengan baik meskipun sudah berkali-kali diberikan teguran.

Tidak hanya itu, dia turut mendedahkan anaknya bukan sahaja enggan mendengar nasihat malah sering membantah setiap kali ditegur mengenai cara penggunaan peranti berkenaan.

Bagaimanapun apa yang dibimbangkan akhirnya berlaku apabila iPad milik anaknya mengalami kerosakan. 

"Dia tak jaga iPad dia betul-betul walaupun dah tegur banyak kali. Apabila tegur, membentak-bentak. Baru-baru ini iPad dia rosak sepenuhnya. Dia merengek dan mengaku memang salah dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid 6 tahun tampar ibu depan guru, campak buku dalam kelas... Pernah ditendang sampai mata lebam

ARTIKEL BERKAITAN: Hati kering, gila jenama! Ibu sedih anak sulung berubah biadab, sanggup melawan sebab tak penuhi gaya hidup mewah

"Saya beritahu dia supaya bertanggungjawab atas perbuatan sendiri dan tak akan keluarkan duit walau satu sen pun untuk keputusan buruk yang dia buat," ujarnya menegaskan tindakan dilakukan.

Jelasnya lagi, anaknya pernah menyuarakan keinginan untuk menggunakan sebuah lagi iPad miliknya sebagai pengganti, namun permintaan tersebut ditolak.

"Dia minta iPad saya yang lain. Dia tak puas hati sebab saya bagi dua iPad lama kepada ayah dia untuk kerja.

"Saya cakap memang tak dapat. Kenapa saya perlu bagi dia iPad sedangkan iPad dia rosak sebab dia sendiri pilih untuk melawan cakap mommy?" ujarnya yang mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang iPad atau telefon kepada anaknya buat sementara waktu.

Segelintir ibu menjadikan duit simpanan anak sebagai 'pengajaran' apabila peranti diguna tanpa berhemah. -Gambar hiasan AI

Segelintir ibu menjadikan duit simpanan anak sebagai 'pengajaran' apabila peranti diguna tanpa berhemah. -Gambar hiasan AI

Malah, penggunaan telefon hanya dibenarkan ketika anaknya keluar bersama keluarga.

"Sekarang dia tengah serabut. Tak ada telefon, tak ada iPad. Telefon pun dia dapat guna kalau keluar dengan kami sahaja," katanya lagi.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya memuji tindakan tegas yang dilakukan itu.

"Terbaik, pengajaran berharga yang setiap anak akan belajar. Biar dia rasa tak ada iPad atau telefon.

"Idea menarik ni, bolehlah minta dia bayar guna duit raya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain