Sebarang pertikaian sewajarnya diselesaikan dengan matang, bukannya menggunakan kekerasan atau tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan. -Gambar hiasan AI
SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam dan dicekik oleh individu dipercayai kekasihnya, gara-gara cemburu mangsa bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon.Kejadian menyayat hati itu berlaku di daerah Thoothukudi, Tamil Nadu, India, pada Sabtu. Suspek yang dikenali sebagai Muthuraja, 23, bekerja di sebuah bengkel kimpalan tempatan, turut cuba membunuh diri sebelum ditemukan dalam keadaan parah di rumah mangsa.Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa tinggal di kawasan kejiranan yang sama dan dipercayai menjalin hubungan cinta.Bagaimanapun, suspek menyimpan perasaan curiga terhadap mangsa apabila mengesyakinya sering bercakap dengan individu lain menerusi telefon.Suspek dikatakan kerap mempersoalkan perkara sama terhadap mangsa sehingga menyebabkan hubungan mereka semakin tegang.Pada hari kejadian, suspek datang ke rumah mangsa ketika dia sedang bersendirian.Kedua-duanya bertengkar sebelum suspek bertindak menyerang mangsa menggunakan pisau dan mencekiknya sehingga tidak bernyawa.Suspek kemudian menggunakan senjata sama untuk mencederakan dirinya sendiri.Penduduk setempat yang menyedari kejadian itu segera menguubungi pihak berkuasa.Suspek yang parah dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Thoothukudi untuk mendapatkan rawatan, manakala mayat mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Primer Kerajaan Sebathaiyapuram untuk proses bedah siasat.Kes berkenaan kini dalam siasatan polis. -Agensi